Wednesday, February 1, 2012

Awas!!! Mereka mampu menggegar untuk 2012..17 Pemain Muda yang bakal menggegar..





ALEX OXLADE CHAMBERLAIN

KELAB: ARSENAL
UMUR: 19
POSISI: SAYAP
CAP ANTARABANGSA: ENGLAND U-19 (7)


DANNY WELBECK

KELAB: MANCHESTER UNITED
UMUR: 22
POSISI: PENYERANG
CAP ANTARABANGSA: ENGLAND (3)


PAUL POGBA


KELAB: MANCHESTER UNITED
UMUR: 19
POSISI: PEMAIN TENGAH
CAP ANTARABANGSA: PERANCIS U-19 (5)


THIBAUT COURTOIS


KELAB: ATLETICO MADRID (on loan from Chelsea)
UMUR: 20
POSISI: PENJAGA GOL
CAP ANTARABANGSA: BELGIUM (1)


ISSAC CUENCA


KELAB: BARCELONA
UMUR: 21
POSISI: SAYAP KANAN
CAP ANTARABANGSA: SEPANYOL U-21 (2)


XHERDAN SHAQIRI


KELAB: FC BASEL
UMUR: 21
POSISI: SAYAP
CAP ANTARABANGSA: SWITZERLAND (17)


STEPHAN EL SHAARAWY


KELAB: AC MILAN
UMUR: 20
POSISI: PENYERANG
CAP ANTARABANGSA: ITALI U-21(1)


ERIK LAMELA


KELAB: AS ROMA
UMUR: 20
POSISI: ATTACKING MIDFIELDER
CAP ANTARABANGSA: ARGENTINA (1)


CHRISTIAN ERIKSEN


KELAB: AJAX AMSTERDAM
UMUR: 20
POSISI: ATTACKING MIDFIELDER
CAP ANTARABANGSA: DENMARK (20)


LUUK DE JONG


KELAB: FC TWENTE
UMUR: 22
POSISI: PENYERANG
CAP ANTARABANGSA: BELANDA (6)


MATEO KOVACIC


KELAB: DINAMO ZAGREB
UMUR: 18
POSISI: ATTACKING MIDFIELDER
CAP ANTARABANGSA: CROATIA U-21 (4)


LUCAS MOURA


KELAB: SAO PAULO
UMUR: 20
POSISI: ATTACKING MIDFIELDER
CAP ANTARABANGSA: BRAZIL (10)


MARIO GOTZE


KELAB: BORUSSIA DORTMUND
UMUR: 20
POSISI: ATTACKING MIDFIELDER
CAP ANTARABANGSA: JERMAN (12)


ANDRE SCHURRLE


KELAB: BAYER LEVERKUSEN
UMUR: 22
POSISI: PENYERANG
CAP ANTARABANGSA: JERMAN (11)


MARCO REUS


KELAB: BORUSSIA MONCHENGLADBACH (menyertai Borussia Dortmund musim depan)
UMUR: 23
POSISI: PENYERANG
CAP ANTARABANGSA: JERMAN (3)


LEWIS HOLTBY


KELAB: SCHALKE 04
UMUR: 22
POSISI: PEMAIN TENGAH
CAP ANTARABANGSA: JERMAN (2)


RON ROBERT ZIELER


KELAB: HANNOVER 96
UMUR: 23
POSISI: PENJAGA GOL
CAP ANTARABANGSA: JERMAN (1)



Thursday, January 12, 2012

Harapan Piala Thomas Malaysia..2012..



Piala Thomas merupakan piala kebanggaan yang menjadi rebutan dan idaman bagi setiap negara dalam permainan badminton. Pertandingan yang
berkonsepkan acara berpasukan ini bakal memasuki edisi yang je 27 pada tahun ini dan China sebagai tuan rumah sudah pasti mahu mengekalkan mahkota kejuaraan mereka.



Sebagai tuan rumah dan juara bertahan China telah memiliki tiket automatik untuk beraksi pada kejohanan ini Mei nanti. Sebanyak 12 pasukan yang bakal bertanding di mana peruntukan bagi setiap benua adalah seperti berikut. China (Juara bertahan-layak secara automatik), Asia (4 slot), Eropah (4 slot), Oceania (1 slot), Afrika (1 slot) dan Pan-Amerika (1 slot). Bagi pasukan badminton Malaysia, kelayakan Piala Thomas Zon Asia yang bakal berlangsung pada Februari nanti di Macau bakal menentukan keupayaan pasukan kita sebelum menempah aksi di kejohanan sebenar. Namun, situasi merudum skuad badminton negara akhir-akhir ini menimbulkan sedikit tanda tanya dan ada kemungkinan juga pasukan negara mungkin mempunyai halangan yang mencabar dalam kelayakan nanti. Lee Chong Wei sudah pasti dijangka mampu memberikan mata pertama Malaysia namun kelibat pemain lain dijangka bakal melalui jalan yang berliku untuk memberikan sesuatu buat negara. Koo Kien Keat-Tan Boon Heong selaku beregu pertama negara amat mengecawakan sejak akhir-akhir ini. Dan yang terbaru, kekalahan mengejut pada Siri Super Terbuka Malaysia 2012 di pusingan kedua kepada pasangan tidak ternama Korea amat mendukacitakan.

Di samping kelibat pemain pelapis perseorangan negara yang teramat jauh untuk mencapai taraf Lee Chong Wei, kelibat orang lama Malaysia iaitu Hafiz Hashim (30 tahun) dan Wong Choong Hann (35 tahun) juga tidak sehandal dahulu. Di sini, diberikan sedikit analisis dan kemungkinan pasukan-pasukan Asia yang dijangkakan bakal menjadi pencabar Malaysia dalam kelayakan Piala Thomas nanti.

(Ranking terbaru dunia dalam kurungan)-Last Update- 12 Januari 2012


CHINA-sudah layak

Perseorangan Pertama
LIN DAN (2)
Perseorangan Kedua
CHEN LONG (3)
Perseorangan Ketiga
CHEN JIN (5)
Beregu Pertama
FU HAIFENG-CAI YUN(1)
Beregu Kedua
CHAI BIAO-GUO ZHENGDONG(5)

Pasukan China tidak akan beraksi pada Zon Kelayakan Asia kerana mendapat tiket automatik sebagai juara bertahan dan tuan rumah.

MALAYSIA

Perseorangan pertama
DATUK LEE CHONG WEI(1)
Perseorangan kedua
HAFIZ HASHIM(33)
Perseorangan ketiga
LIEW DARREN(46)
Beregu pertama
KOO KIEN KEAT-TAN BOON HEONG(7)
Beregu kedua
LIM KHIM WAH-GOH V SHEM(32)


INDONESIA

Perseorangan Pertama
SIMON SANTOSO(8)
Perseorangan Kedua
TAUFIK HIDAYAT(11)
Perseorangan Ketiga
TOMMY SUGIARTO(18)
Beregu Pertama
MOHAMMAD AHSAN-BONA SEPTANO(6)
Beregu Kedua
ALVENT YULIANTO-HENDRA GUNAWAN(9)


KOREA SELATAN

Perseorangan Pertama
LEE HYUN IL(9)
Perseorangan Kedua
PARK SUNG HWAN(14)
Perseorangan Ketiga
SHON WAN HO(17)
Beregu Pertama
JUNG JAE SUNG-LEE YONG DAE(2)
Beregy Kedua
KO SUNG HYUN-YOO YEON SEONG(4)


JEPUN

Perseorangan Pertama
SHO SASAKI(6)
Perseorangan Kedua
KENICHI TAGO(12)
Perseorangan Ketiga
KAZUSHI YAMADA(28)
Beregu Pertama
HIROKATSU HASHIMOTO-NORIYASU HIRATA(8)
Beregu Kedua
NAOKI KAWAME-SHOJI SATO(10)


TAIWAN

Perseorangan Pertama
HSU JEN HAO(32)
Perseorangan Kedua
HSUEH HSUAN YI(34)
Perseorangan Ketiga
CHOU TIEN CHEN(55)
Beregu Pertama
FANG CHIEH MIN-LEE SHENG MU(13)
Beregu Kedua
CHEN HUNG LING-LIN YU LANG(23)


HONG KONG

Perseorangan Pertama
WONG WI KI(21)
Perseorangan Kedua
HU YUN(23)
Perseorangan Ketiga
CHAN YAN KIT(37)
Beregu Pertama
LO LOK KEI-CHAN TSZ KIT(103)
Beregu Kedua
LEE CHUN HEI-NG KA LONG(122)


INDIA

Perseorangan Pertama
AJAY JAYARAM(27)
Perseorangan Kedua
KASHYAP PARUPALLI(30)
Perseorangan Ketiga
R.M.V. GURUSAIDUTT(39)
Beregu Pertama
K.T. RUPESH KUMAR-SANAVE THOMAS(26)
Beregu Kedua
PRANAV CHOPRA-AKSHAY DEWALKAR(70)


Begitulah sedikit sebanyak analisis yang dapat diberikan. Malaysia dijangka mempunyai tugas yang sukar jika berdepan dengan Indonesia, Korea Selatan atau Jepun. Dengan 3 slot kemungkinan besar bakal diisi oleh Indonesia, Korea Selatan dan Jepun, slot terakhir Zon Asia bakal menjadi rebutan di antara Malaysia, India, Hong Kong, Taiwan mahupun Thailand. Berdasarkan kedudukan ranking semasa inilah realiti sebenar. BAM haruslah mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki segala kelemahan yang berada dalam skuad badminton negara. Sewaktu dulu, Jepun dan Korea Selatan merupakan makanan mudah Malaysia dalam Piala Thomas, namun sekarang sudah berubah. Apa-apa pun laungan Malaysia Boleh tetap mengiringi perjuangan mereka.