Wednesday, March 9, 2011
Kisah Sebenar..Hikayat Seorang Perantau..
Dilahirkan di Hospital Taiping, Perak pada tahun 1989, dan selepas itu berpindah ke Ipoh..Kg.Tengku Hussin Lama adalah tempat tinggal saya di Ipoh sehingga umur sy 5 tahun..Selepas itu, saya dan keluarga berpindah ke Klang, Selangor..Saya memulakan pengajian di Tadika Islam Naim, Klang, Selangor Darul Ehsan..Suka duka berada di tadika sedikit sebanyak masih lagi terbayang.Pernah dihempuk dengan mangkuk sampai benjol di kepala oleh kawan dan menangis nak balik..Pernah juga dikejar anjing time balik dari tadika..Nasib baik ade orang India yang tolong sekat anjing tu..Kalau x, xtaula ape yang jadi dengan saya..
Selepas itu, saya berpindah ke Kelantan..Pengkalan Chepa menjadi tempat buktinya saya membesar..haha Darjah 1 hingga 6 berada di SK Pengkalan Chepa..Mendapat 5A dalam UPSR, saya berjaya memasuki MRSM Kuala Krai..First time masuk asrama, rase sedih sangat..Jauh dari mak ngan arwah abah..huhu..Tapi segala perasaan sedih dan homesick itu segera hilang bila sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan..Ketika di tingkatan 2, family sy berpindah kembali ke kampung asal, iaitu Taiping..Saya keseorangan di Kelantan untuk menghabiskan pembelajaran saya. Alhamdulillah, sy mendapat 8A dalam PMR dan masih lagi berada di MRSM Kuala Krai ..138 budak batch saya dapat 8A dalam PMR. Ramai yang dapat offer pegi tempat lain..Tapi sy still di sini..haha
Habis SPM dengan result 6A4B, sy masuk Kolej Matrikulasi Pulau Pinang..lepas tu skang ade kat UPM..Ketika sem2 1st year kat upm, arwah abah saya sudah pergi menghadap PenciptaNya..Al-fatihah untuk abah..Menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung memang berat..Insyaallah segala cita-cita saya bakal tercapai suatu hari nanti..
Sekarang saya sedang menjalani latihan industri di Wiranda (M) Sdn. Bhd..alhamdulillah, segalanya berjalan lancar setakat ini..sekian dulu buat masa ini, salam 1 Malaysia..assalamualaikum..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment