Sunday, July 3, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia



Kali ini, entri lain macam sikit..haha..Terdetik nak buat entri macam ni sebab excited Malaysia telah melangkah ke Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia..Habis game Malaysia vs Taiwan, ramai tertanya-tanya berapa pusingan lagikah Malaysia perlu main? Berapa banyak kuota yang diperuntukkan untuk pasukan Asia layak ke Piala Dunia?..

Untuk Asia, hanya 4 tempat sahaja diperuntukkan untuk ke Piala Dunia manakala 1 tempat lagi akan ditentukan melalui play-off dengan sama ada pasukan keempat dari benua Amerika Utara(CONCACAF), pasukan kelima dari benua Amerika Selatan(CONMEBOL) atau juara OCEANIA(sudah tentu New Zealand)..


Untuk Asia, sebanyak 4 pusingan bakal dilalui, sebelum layak sebagai wakil Asia ke Piala Dunia ..Bagi menentukan pasukan manakah yang akan bermain di pusingan yang tertentu, rekod kejohanan untuk kelayakan Piala Dunia 2010 diambil kira..

Pasukan yang mendapat bye terus ke pusingan ketiga adalah seperti berikut:
1. Jepun
2. Korea Selatan
3. Korea Utara
4.Australia
(pasukan di atas adalah 4 pasukan yang layak dari Asia untuk Piala Dunia 2010)
5. Bahrain
(Bahrain-tempat ke 5 Asia, tumpas kepada New Zealand-johan OCEANIA dalam perlawanan play-off ke Piala Dunia 2010)

Pasukan yang mendapat bye terus ke pusingan kedua dan pasukan yang perlu bermain di pusingan pertama adalah seperti berikut:

Pasukan yang mendapat bye ke pusingan kedua adalah pasukan yang melepasi pusingan pertama pada kelayakan Piala Dunia 2010 + 3 pasukan yang kalah di pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2010 yang mempunyai rekod baik ketika kelayakan. (Kyrgyzstan, Maldives dan India)..

Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia Zon Asia 2014 (dalam agregat):

Malaysia 4 Taiwan 4 (Malaysia layak ke pusingan kedua-gol tempat lawan)
Kemboja 6 Laos 8
Sri Lanka 1 Filipina 5
Afghanistan 1 Palestin 3
Vietnam 13 Macau 1
Nepal 7 Timor Leste 1
Mongolia 1 Myanmar 2
Bangladesh 3 Pakistan 0

Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia Zon Asia 2014 adalah seperti berikut (23 dan 28 julai 2011):

Thailand vs Palestin
Lebanon vs Bangladesh
China vs Laos
Turkmenistan vs Indonesia
Kuwait vs Filipina
Oman vs Myanmar
Arab Saudi vs Hong Kong
Iran vs Maldives
Syria vs Tajikistan
Qatar vs Vietnam
Iraq vs Yaman
Singapura vs Malaysia
Uzbekistan vs Kyrgyzstan
UAE vs India
Jordan vs Nepal

Pemenang pusingan kedua akan layak ke pusingan ketiga


Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia


15 pemenang pusingan kedua akan bersama 5 pasukan yang mendapat bye ke pusingan ketiga(Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Australia dan Bahrain)..20 pasukan ini akan dibahagikan kepada 5 kumpulan yang mengandungi 4 pasukan..Undian kumpulan akan dijalankan serentak bersama undian kelayakan benua lain di Brazil pada 30 julai 2011. Undian dijalankan berdasarkan ranking FIFA pada hujung Julai 2011 nanti..2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan keempat.


Pusingan Keempat Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia

Ini adalah pusingan terakhir..10 pasukan dari pusingan ketiga akan berentap..Dibahagikan kepada 2 kumpulan yang mengandungi 5 pasukan..2 pasukan teratas setiap kumpulan layak secara automatik ke PIALA DUNIA 2014 di BRAZIL.. Manakala pasukan tempat ketiga dari setiap kumpulan(contoh: tempat ke3 Kumpulan A vs tempat ke3 kumpulan B) akan berentap untuk memasuki playoff..Pemenang perlawanan ini akan memasuki playoff antara benua untuk merebut satu lagi tempat ke Piala Dunia..


Sekian sahaja dari saya,
Amirul Asyraf bin Azizan...
Go Malaysia Go!! Malaysia Boleh!!








No comments:

Post a Comment